Monday, November 25, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019)


Ulasan buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi

Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi mempunyai enam bab keseluruhannya. Setiap bab menerangkan tentang pelbagai topik yang berkaitan dengan komunikasi. Bab satu menerangkan tentang wacana iaitu bahasa daripada individu atau kumpulan sama ada dalam bentuk interaksi, tulisan, teks atau pun ujaran. Apa yang boleh dirumuskan tentang topik wacana ialah pemahaman yang mendalam oleh setiap penutur dengan pendengar. Hal ini demikian kerana wacana merupakan komunikasi kebahasaan yang merupakan pertukaran di antara penutur iaitu orang yang berbicara dengan pendengar kepada penutur itu. Untuk lebih memahami tentang wacana, penutur dan pendengar haruslah focus dan menganalisis setiap wacana supaya penyampaian tersebut dapat difahami. Dalam bab dua pula menerangkan tentang teori-teori kepada wacana tersebut. Setiap tokoh telah menyatakan teori mereka dengan pandangan yang tersendiri tentang wacana dan penggunaan wacana. Wacana ini mempunyai lima teori dan setiap teori telah dihuraikan dengan terperinci supaya dapat digunakan untuk menganalisis data. Akan tetapi, haruslah diingat bahawa pemilihan teori yang ingin digunakan haruslah sesuai dengan data yang ingin dianalisis agar mudah difahami.
Bab tiga dalam buku Kajian Wacana menceritakan topik Analisis Wacana Tekstual dan Ujaran. Bab ini lebih memfokuskan tentang tiga kajian yang dijalankan iaitu tekstual lirik lagu, wacana tekstual cerita sosial dan ujaran dalam kanak-kanak autisme. Dapat dirumuskan bahawa bab ini lebih menceritakan tentang cerita kanak-kanak autisme yang mempunyai gangguan dalam perkembangan saraf. Banyak nilai-nilai sosial yang boleh menjadi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya berhati mulia. Seterusnya, bab empat menerangkan tentang strategi komunikasi yang boleh dilakukan dalam bentuk kumpulan kecil atau besar. Komunikasi sangat memainkan peranan kerana melalui komunikasi, penutur dan pendengar dapat memahami antara satu sama lain. Bab lima pula menceritakan tentang taksonomi dan pendekatan strategi komunikasi, iaitu pendekatan yang dinyatakan oleh para pengkaji tentang komunikasi. Seperti yang dinyatakan dalam bab satu, komunikasi sesuai digunakan dalam ujaran, interaksi, tulisan dan teks. Bab enam membincangkan tentang topik Analisis Strategi Komunikasi Dalam Kalangan Kanak-kanak, iaitu kajian yang dijalankan ke atas kanak-kanak berumur 11 dan 12 tahun yang banyak menggunakan singkatan perkataan dalam percakapan seharian. Kajian ini memberikan implikasi terhadap masyarakat , guru, ibu bapa dan pelajar sekolah. Komunikasi itu penting supaya kanak-kanak tidak membesar dengan bahasa yang kurang sopan. Dalam bab tujuh, beberapa cadangan telah diutarakan untuk kajian akan datang iaitu bahasa isyarat, bahan bercetak dan bahan elektronik dan media sosial. Diharapkan rumusan setiap bab ini berguna kepada setiap pembaca.   


Harga buku : rm 20.00

Rujukan : Normaliza Abd Rahim. 2019. Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. UMT.











BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019)

Ulasan buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi m...