Sunday, October 20, 2019
Monday, October 7, 2019
BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Blog Di Dalam Kelas Bahasa
BLOG
DI DALAM KELAS BAHASA
Bab ini membincangkan tentang blog yang merupakan media sosial yang menjadi pilihan pelajar atau kebanyakan
masyarakat dalam mencipta satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam
bentuk formal atau tidak formal ( Normaliza Abd Rahim, 2014). Kegunaan blog ini
bukan sahaja untuk tujuan menyampaikan maklumat berunsur ilmiah sahaja, malahan
blog juga boleh digunakan bagi tujuan peribadi atau dijadikan medium untuk
mempromosikan produk atau iklan. Blog ini sangat memberi manfaat kepada
pengguna kerana banyak info-info yang boleh didapati melalui blog ini.
Kajian tentang blog ini telah banyak dilakukan oleh penyelidik-penyelidik
yang masing-masing memberikan definisi yang tersendiri tentang pandangan mereka
terhadap penggunaan blog. Satu kajian tentang blog ini menyatakan bahawa blog
merupakan medium dialog di antara penulis blog dan pembaca, pembaca dengan
pembaca yang lain dan penulis blog dengan penulis blog yang lain.
Kajian lain pula menyatakan bahawa blog merupakan laman
web yang dikemas kini mengikut susunan kronologi manakala bahasa yang digunakan
juga tidak formal dan tidak terhad ( Nowson, 2006 ). Walaupun penggunaan blog
ini tidak formal dan tidak mementingkan bahasa yang baku, para penulis blog
harus tahu tentang etika-etika penulisan blog supaya tidak kelihatan
membosankan dan sendu. Oleh itu, Normaliza Abd Rahim(2014) ada menyatakan
bahawa terdapat 10 cara atau kegunaan untuk menulis blog. Antaranya ialah
penulis harus tahu memilih tajuk yang menarik yang boleh menangkap minat
pembaca untuk terus mengikuti laman blognya. Tajuk yang menarik haruslah
diikuti dengan cerita dan pengisian cerita yang menarik. Contohnya, penulis
boleh menggunakan ayat-ayat berunsur jenaka dan boleh mengundang tawa pembaca.
Blog ini bukan sahaja digunakan atau menjadi pilihan
pelajar tempatan, malah pelajar-pelajar dari luar negara juga menjadikan blog
sebagai platform untuk mempelajari bahasa tempatan, terutamanya apabila blog
ini diperkenalkan kepada pelajar-pelajar Korea untuk mempelajari bahasa kedua.
Dapat diringkaskan bahawa dalam penulisan blog, terdapat
tiga bahagian yang dibincangkan. Bahagian yang pertama ialah kegunaan blog
dalam Pengajian Kesusasteraan, blog dalam Pembelajaran Bahasa dan blog dalam
Pembelajaran Teknologi. Ketiga-tiga bahagian ini mempunyai pecahan yang
tersendiri yang dilakukan oleh penyelidik untuk melihat sejauh manakah penggunaan
blog ini diterima. Keputusan kajian jelas menunjukkan bahawa blog banyak
membantu para pelajar untuk mempelajari kesusasteraan, bahasa dan pembelajaran
teknologi. Penulisan blog juga boleh meningkatkan jati diri dan motivasi diri.
Tuesday, October 1, 2019
BBM3410Satu2019: Bird Eye View ( Wakanda Production )
Bird Eye View
gambar ini diambil daripada tingkat 5 blok P6. pemandangan dari atas ini sesuai dijadikan Bird Eye View kerana kedudukannya yang betul-betul di lereng bukit.
gambar ini diambil dari tingkat 5 blok pelajar lelaki. Bird Eye View dengan pemandangan jalan ini sangat cantik dan sesuai untuk digunakan dalam tugasan kali ini.
gambar ini diambil daripada tingkat 5 blok P7 bersebelahan dengan tasik. pemandangan dari atas ini kelihatan menarik kerana kita dapat lihat pemandangan-pemandangan yang sebelum ini agak terbatas kerana musim jerebu yang teruk.

BBM3410Satu2019: Over The Shoulder ( Wakanda Production )
Over The Shoulder
bahu : Syazana
apabila kau mahu ikut kawan kau keluar, tetapi motor hanya mampu membawa seorang penumpang sahaja. walaupun sedih, senyumlah supaya hati tidak terasa.
bahu : Amirah Aisyah
ibarat seperti drama Korea, Goblin. kami melakonkan semula babak pelakon perempuan itu dipayungkan semasa hujan oleh sang jejaka. tetapi untuk menjadikannya lebih menrik, kami selitkan watak perempuan jahat yang benci dengan situasi ini.
bahu : Aqilla
dengan teknik over the shoulder ini, tanpa menggunakan portrait, hasilnya juga sangat memuaskan dan dapat melihat betapa rapatnya kami selama kami berkenalan sepanjang tempoh tiga tahun di UPM.

BBM3410Satu2019: Mug Shot ( Wakanda Production )
Mug Shot
model melakukan teknik mug shot dengan emosi sedih, untuk mengambarkan lagi kesedihan itu, model sanggup membuat dirinya menangis supaya gambar ini kelihatan seperti semula jadi.
model : Faizah
emosi : sedih
model melakukan teknik mug shot dengan emosi sedih, untuk mengambarkan lagi kesedihan itu, model sanggup membuat dirinya menangis supaya gambar ini kelihatan seperti semula jadi.
model : Ayob
emosi : marah
barangkali model ini berasa sangat marah kerana ahli kumpulan menyuruhnya mengambil gambar teknik mug shot, sedangkan model ini mahukan closed-up kerana ingin menunjukkan ketampanannya. marah atau senyum, model ini tetap mempunyai aura tersendiri kan.
model : Hafiza Shawani
emosi : teruja
mungkin kerana model ini telah menemui jodoh, jadi dia kelihatan sangat teruja apabila mengingat kembali saat-saat dirinya didekati oleh teman istimewanya itu. keterujaan yang tidak dapat disorok sangat sesuai dijadikan gambar mug shot.
BBM3410Satu2019: Medium Shot ( Wakanda Production )
Medium Shot Manusia
apa yang selalu diminta oleh perempuan setiap kali mengambil gambar ? ianya tak lain dan tak bukan, pastikan nampak kurus ya. maka terjadilah gambar ini.
tak tahu lah apa yang menarik sangat yang ada dekat atas tu. rasanya orang yang mengambil gambar ini lagi cantik dan menarik daripada apa yang di atas tu.
kegigihan seorang perempuan bernama Aqilla untuk bergambar di bawah terik matahari tanpa payung. berlawanan dengan seorang yang bernama Amirah Aisyah yang lebih rela berpayung daripada mendapat gambar yang cantik dan unik.
Medium Shot Manusia dan Pemandangan
gambar ini menunjukkan keakraban sesama sendiri selama berada di UPM. beginilah gaya perempuan apabila ke kelas bersama rakan. mereka mesti akan menunggu yang lain dan berjalan bersama-sama.
apabila rakan itu sejenis yang lambat dan lembab dalam segala hal, termasuk berjalan, maka terpaksalah diheret supaya cepat sampai fakulti.
angin tiada, ribut pun tiada. tapi, bagaimana mereka boleh hampir terbang di awangan ? tak lain dan tak bukan, itu hanyalah lakonan semata-mata.

BBM3410Satu2019: Long Shot ( Wakanda Production )
Long Shot Pemandangan
langit ni kejap cerah kejap gelap kan? macam itu lah cabaran nak siapkan kerja multimedia ni. kejap gembira, kejap stres. hahahahaha. kita berpegang pada konsep redha.
kata orang, pemandangan hijau sangat mendamaikan. ada betulnya kata mereka. sangat mendamaikan. tetapi boleh jadi membosankan kerana hijau sahaja semuanya, tiada warna lain.
setenang-tenang air di laut, tidak akan dapat setenang solat dan doa setiap hari. Tapi mengapa gambar pantai? kerana banyak lagi cara lain untuk peroleh ketenangan, terutamanya yang menyejukkan pandangan mata. seperti pantai ini.
Long Shot Pemandangan dengan Manusia
pemandangan dalam kawasan kolej juga sangat cantik jika diperhatikan secara mendalam. tidak perlu membazirkan duit untuk keluar mengambil gambar pemandangan semata-mata. kalau dah namanya Universiti Pertanian Malaysia dahulunya, pemandangan haruslah hijau sentiasa.
haa? nampak seperti di California, bukan ? ia diambil di hadapan bangunan Canselori sahaja. ramai yang tidak tahu tentang pemandangan di sini. jadi saya kongsikan di dalam blog ini untuk tatapan semua.
Cameron Highland. antara kawasan yang menjadi daya tarikan sebagai salah satu pusat peranginan yang cantik dengan kehijauan di sekelilingnya.

BBM3410Satu2019: Closed - Up ( Wakanda Production )
Closed - Up Manusia
Idea bagi gambar ini adalah bayangan mata wanita Arab dalam diri wanita melayu. Mata adalah salah satu aset penting bagi wanita kerana mata sangat memainkan peranan dalam kehidupan. Pembedahan wajah atau suntikan tidak diperlukan hanya untuk menampakkan mata itu lebih cantik. Dengan teknik solekan dan suntikan imej sudah boleh menimbulkan idea itu.
Alam semulajadi dengan manusia tidak dapat dipisahkan. Apatah lagi bunga yang menjadi kata sinonim bagi wanita. Seperti mana cantiknya bunga, begitulah juga diertikan dengan kecantikan wanita.
Solekan? Ya Solekan. Solekan pada wanita adalah suatu kewajipan. Solekan dianggap sebagai salah satu kekuatan dan memberi keyakinan kepada wanita untuk melangkah ke dunia luar, bertemu dengan orang luar. Mereka akan berasa yakin untuk berjalan di khalayak ramai.
Closed - Up Bukan Manusia
Secantik-cantik matahari di langit, cantik lagi bunga matahari yang boleh disentuh dan dilihat keistimewaannya. Cantik, bukan ? Ya, sangat cantik. Tidak cantik ? Itu bukan masalah saya.
Satu ringgit? Sangat berbeza nilai satu ringgit ini pada masa dahulu dan sekarang. Dulu? macam-macam boleh dibeli dengan satu ringgit ini. Sekarang? jumpa tengah jalan pun tidak didendahkan, malah dilangkah atau dipijak sahaja seperti tiada nilai. Kalau tak mahu, kutip dan derma lah di masjid. Bukan susah pun.
Kaca mata. Apa yang istimewanya kaca mata ni ? oh sangat penting bagi yang berkaca mata. Ibarat bernafas tanpa oksigen tau kalau tiada kaca mata ini. Jadi, jangan buat main dengan mereka yang berkaca mata kerana sekelip mata boleh berubah menjadi makhluk hijau kalau kaca mata mereka disorokkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019)
Ulasan buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi m...
-
Closed - Up Manusia Idea bagi gambar ini adalah bayangan mata wanita Arab dalam diri wanita melayu. Mata adalah salah satu aset pe...
-
Lagu & Lirik : Profesor Dr. Normaliza Abd Rahim Hak Cipta : Universiti Putra Malaysia Saya Faham Saya kata " Apa khabar "...