Monday, September 16, 2019

BBM3410Satu2019: DIRI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nama saya Nur Qamarina bt Basir. Saya berasal dari Alor Gajah, Melaka tetapi saya menetap di Taman Bukit Beruang, Melaka. Saya berumur 24 tahun dan sekarang menyambung pelajaran di UPM jurusan Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu). Saya merupakan pelajar kolej serumpun, iaitu Kolej 15 yang kini telah ditukar kepada Kolej 12. Saya merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik yang terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan. Dua adik saya kini sedang menyambung pelajaran di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Melaka, iaitu UITM Jasin dan UITM Lendu. Adik bongsu saya masih lagi bersekolah di Tingkatan Satu, SMK Ayer Keroh Melaka.

Saya merupakan peminat tegar novel-novel melayu yang berunsur kekeluargaan dan percintaan. Novel pertama yang membuatkan saya jatuh hati dalam dunia novel ialah Kasih Yang Suci karya Meen Zulaikha. Selain daripada membaca novel, saya juga sangat meminati drama-drama Korea. Bagi saya, drama-drama Korea sangat menarik kerana semua babak yang dilakonkan kebanyakannya tidak menggunakan teknik pengkomputeran. Saya juga gemar mendengar lagu sambil melakukan tugasan-tugasan atau kerja kursus di kolej dan kebanyakannya adalah lagu Korea daripada kumpulan kegemaran saya, iaitu BTS.

Tahun ini merupakan tahun akhir saya di UPM dan semester akhir saya untuk bergelar pelajar bacelor UPM. Di semester akhir ini, saya mengambil subjek Multimedia Dalam Bahasa. Konsep pembelajaran di dalam kelas Prof. Normaliza ini adalah REDHA.

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019)

Ulasan buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi m...