Sunday, September 22, 2019

BBM3410Satu2019: Etika Penulisan Blog.


Senaraikan etika penulisan blog. Setiap poin diambil daripada buku tersebut. Huraikan setiap satu dengan menggunakan ayat sendiri. Setiap huraian dalam minima 50 patah perkataan. Pastikan anda membuat rujukan daripada buku tersebut dan letakkan dalam blog. Misalnya, “Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) dalam Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) .....”


Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) dalam Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), terdapat beberapa etika penulisan blog dengan baik, iaitu :-

1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca. 
Blog merupakan platform yang digunakan untuk menulis cerita-cerita yang boleh menarik peminat-peminat atau blogger yang sering menggunakan blog dalam kehidupan seharian. oleh itu, untuk para blogger, mereka perlu ada atau mempunyai tajuk-tajuk yang sangat menarik untuk dikongsikan bersama pembaca. Tajuk yang tidak menarik akan mengurangkan jumlah pembaca yang melayari blog itu.

2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
Bukan sahaja tajuk yang memainkan peranan penting, jalan cerita atau isi juga merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada jumlah pembaca. Cerita yang dimuatnaik di dalam blog haruslah menarik dan dapat menambat hati pembaca. Cerita yang dimuatnaik boleh menjadi sesuatu yang benar atau rekaan, asalkan jalan ceritanya cantik, menarik dan terbaik. 

3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
Blog bukannya platform untuk selalu serius dalam penulisan, sebaliknya seorang blogger perlu tahu bagaimana untuk memberi ayat atau memasukkan ayat-ayat yang boleh membuatkan pembaca tersenyum. oleh itu, ayat-ayat berunsur humor perlu ada untuk mewujudkan suasana kelakar semasa membaca.

4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
Setiap penulisan perlu ada huraiannya. Huraian berfungsi sebagai ayat penguat untuk menyokong penulisan blogger. Dalam huraian, blogger perlu meletakkan fakta-fakta tentang penulisan itu beserta dengan contoh-contoh yang boleh meyakinkan pembaca bahawa penulisan ini sangat berguna dan tepat. Penghujahan bagi setiap huraian haruslah yang terbaik yang boleh diberikan oleh seorang  blogger untuk kepuasan pembaca.

5. Berilmu dalam penulisan pendidikan.
Tidak dinafikan, blog juga digunakan untuk menyampaikan info-info atau perkara-perkara berkaitan dengan pendidikan. Kebanyakan info tentang pendidikan banyak dikongsikan oleh para guru, pensyarah atau doktor dalam mengembangkan ilmu pengetahuan mereka kepada pembaca. Seorang blogger apabila mengambil keputusan untuk menulis tentang bidang pendidikan,  mereka haruslah mempunyai ilmu dahulu dan mempunyai fakta atau kekuatan dalam bidang tersebut. Dengan cara itu, pembaca akan menilai sama ada blogger itu seorang yang berpelajaran dan berpengetahuan tinggi atau sekadar menulis mengikut apa yang diingini sahaja. Seorang blogger juga boleh mengaitkan dengan isu-isu semasa dalam penulisan mereka untuk menguatkan lagi penulisan itu.

6. Gunakan perkataan dan ayat yang ringkas.
Dalam penulisan bebas atau tentang pendidikan, penggunaan ayat yang ringkas sudah mamapu membuatkan para pembaca memahami apa yang ingin disampaikan. Penggunaan ayat yang terlalu formal dan penuh dengan bahasa baku juga boleh menimbulkan kebosanan apabila membaca kerana tiada rasa keseronokan dan keterujaan. Walaupun disarankan untuk menggunakan ayat yang ringkas, blogger perlu tahu bila waktu yang sesuai untuk menggunakan ayat itu. Dalam masa yang sama memasukkan juga moral dan nilai-nilai estetika dalam penulisan tersebut.

7. Dapat dibaca dan difahami.
Penulisan yang sarat dengan info berguna, walaupun dengan penggunaan ayat yang ringkas dan tidak formal, jika disusun dengan betul dan mengikut susun atur yang cantik dan menarik, akan tetap dapat dibaca dan difahami dengan mudah. Pembaca tidak mengambil kira sama ada bahasa yang digunakan itu formal atau tidak. Jika ia mudah difahami, itu sudah memadai. Jika mereka mempunyai sebarang persoalan tentang itu, mereka boleh menggunakan blog ini untuk berkomunikasi dengan blogger. Begitu juga dengan blogger yang ingin berkomunikasi dengan pembaca.   

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019)

Ulasan buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi m...