Monday, September 23, 2019
BBM3410Satu2019: Masih Di Sini
Cerita yang tidak dapat saya lupakan adalah pengalaman saya semasa menyertai program program pertukaran pelajar di Jepun selama 2 minggu. ini adalah kali pertama saya menjejakkan kaki ke luar negara dan negara itu pula merupakan negara yang menjadi pilihan saya sejak dahulu lagi. program ini bagi saya merupakan program yang sangat bagus untuk kita belajar cara kehidupan mereka di sana dan apakah amalan yang mereka lakukan sehingga Jepun menjadi antara negara yang maju dan sangat mementingkan kebersihan dan ketepatan waktu.
Perjalanan saya ke sana mengambil masa 2 hari kerana kami perlu transit di Hong Kong terlebih dahulu. permulaan perjalanan kami sahaja sudah sangat mencabar kerana kapal yang kami naiki ialah kapal Hong Kong, jadi sememangnya kami perlu transit di sana terlebih dahulu. di Hong Kong pula, bermacam-macam dugaan yang kami hadapi yang sangat menduga kesabaran kami. walaupun lapangan terbang itu besar, tetapi kami tidak menjumpai surau langsung untuk menunaikan solat. Kami terpaksa mencari satu sudut yang bersih untuk menunaikan solat subuh. kedai makanan halal juga sukar didapati dan kami berlapar selama 11 jam di sana.
tepat jam 4:45 petang, kami akhirnya sampai di Fukuoka. perjalanan dari lapangan terbang ke rumah tetamu mengambil masa 2 jam dengan menaiki bas. dan kami sampai di rumah hampir jam 6:30 petang. kebersihan dan keselesaan di sana membuatkan saya rasa kagum dengan rakyat Jepun kerana masing-masing memainkan peranan tersendiri dalam mengekalkan persekitaran yang sangat bersih selalu. walaupun banyak lagi yang ingin ditulis, tetapi untuk kali ini, hanya sampai di sini sahaja buat masa ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019)
Ulasan buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi m...
-
Closed - Up Manusia Idea bagi gambar ini adalah bayangan mata wanita Arab dalam diri wanita melayu. Mata adalah salah satu aset pe...
-
Lagu & Lirik : Profesor Dr. Normaliza Abd Rahim Hak Cipta : Universiti Putra Malaysia Saya Faham Saya kata " Apa khabar "...
No comments:
Post a Comment