Sinopsis
cerita Nenek dan Datuk ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak autisme yang
bernama Alim yang ingin pulang ke kampung halaman ayahnya di Kajang. Alim suka
bermain dengan ayam dan itik di kampung itu. Alim merupakan kanak-kanak autisme
yang tidak tahu tentang kejadian di sekelilingnya dan hanya tahu apa yang dia suka
sahaja. Dalam cerita ini, dapat dilihat bagaimana ibu bapa dan nenek Alim
berusaha memujuk Alim dan menenangkannya dan memberitahu keadaan sebenar dengan
penuh sabar dan penuh kasih sayang.
Seterusnya,
senaraikan jenis multimedia yang boleh digunakan bagi tujuan penyebaran cerita
sosial
tersebut. Huraikan setiap satu cara-cara penyebaran tersebut.
Jenis-jenis Multimedia
1. Multimedia Hiperaktif
Multimedia ini mempunyai struktur dengan elemen-elemen yang berkaitan dan dapat disusun oleh
pengguna melalui tautan(link) dengan elemen-elemen multimedia yang ada. istilah Richmedia juga
digunakan untuk memberi maksud Multimedia Hiperaktif. Contohnya, world wide web, web site dan
lain-lain.
2. Multimedia Interaktif
Pengguna dapat mengawal secara keseluruhan apa dan bila elemen multimedia akan dikirimkan.
contohnya, aplikasi program, CD interaktif dan lain-lain.
3. twitter
Menerusi twitter, cerita ini boleh disampaikan dengan cara menggunakan bebenang dan memasukkan
beberapa fakta tentang autisme untuk memberi sedikit maklumat tentang keistimewaan anak autisme
kepada pembaca
4. facebook
Melalui facebook, penulis boleh menggunakan platform ini untuk berkongsi cerita dengan pengikut-
pengikut atau rakan-rakan di facebook dan dalam masa yang sama memberi kesedaran tentang
perlunya kesabaran dalam membesarkan anak-anak autisme. Gambar juga boleh dikirimkan sekali
untuk tontonan dan tatapan bersama.
No comments:
Post a Comment