KELUARGA SAYA
Assalamualaikum semua...
Hari ni aku nak cerita tentang keluarga aku, macam mana ayah dan mama aku berjumpa, bila mereka kahwin dan sehinggalah kehidupan yang sekarang. baca sehingga ke penghujung ayat ya.
Kisahnya bermula apabila arwah nenek sebelah mama aku terjumpa ayah aku dalam satu majlis kenduri dan terus berkenan untuk dibuat menantu. Perkara ini disampaikan oleh arwah nenek kepada mamaku pada hari yang sama. sebagai seorang anak bongsu dan perempuan, sudah pasti akan rasa bersalah untuk menolak, jadi mamaku setuju untuk berjumpa dengan keluarga ayah aku pada waktu itu.
Waktu mereka berjumpa, kedua-duanya tidak membenci antara satu sama lain. Perasaan itu ada tapi tidak ditunjukkan dengan ketara. Ayah aku dahulu seorang perokok semasa zaman mudanya. Mama aku tahu tentang ini, jadi dia meletakkan syarat sebelum berkahwin, iaitu harus berhenti merokok. Entah mengapa, ketika itu ayah aku terus berhenti merokok kerana mengikut syarat tersebut. Melihat perubahan ini, mama akhirnya bersetuju untuk berkahwin.
Lalu pada 7 Januari 1995, mereka pun berkahwin. Pada 10 November 1995, seketul Nur Qamarina dilahirkan pada jam 11:59 malam. Kata mama, aku adalah anak yang paling susah dan sakit untuk dilahirkan. Mungkin sebab aku adalah yang sulung dan kebetulan hospital pada masa itu sedang dalam proses pembinaan, jadi proses kelahiran dilakukan di wad biasa sahaja.
Pada 22 Disember 1997, adik perempuan aku yang paling degil, iaitu Nurin Jazlina dilahirkan di klinik swasta. Pada masa itu, mama ke klinik hanya untuk membuat pemeriksaan sahaja memandangkan ketika itu mama sedang menghitung hari untuk melahirkan. Tetapi, doktor kata tanda-tanda bersalin sudah ada dan mengatakan harus dilahirkan hari itu juga. Dengan tidak membawa persiapan bersalin, adik aku dilahirkan disitu dengan selamat kerana bimbanhg lemas di dalam perut.
Adik lelaki aku dilahirkan pada 11 Jun 2000 dan diberi nama Nurizzat Muizzuddin di hospital Melaka. Kali ini mama kata senang bersalin anak lelaki daripada anak perempuan. Adik aku dilahirkan pada waktu maghrib, betul-betul semasa azan berkumandang.
Sebelum mendapat adik aku yang bongsu yang akan aku ceritakan ini, mama aku pernah mengandung sebanyak 2 kali tetapi kedua-duanya keguguran. Mungkin kerana agak tersentak dengan keguguran itu, mama aku menunggu beberapa tahun untuk mendapatkan adik aku yang bongsu ini.
Lalu pada 15 Februari 2006, lahirlah adik bongsu aku yang diberi nama Ammar Muizzuddin. Jarak umur dia dengan aku adalah 11 tahun. Alhamdulillah kelahiran adik aku kali ini selamat walaupun kami terpaksa berulang-alik dari hospital ke rumah pada waktu subuh. Kami bernasib baik kerana bapa saudara sebelah mama sanggup membantu urusan kami.
Hendak dipendekkan cerita, kisah keluarga aku sangat kelakar dan haru-biru sebenarnya kerana terlalu banyak memori-memori yang indah dan kelakar sepanjang 24 tahun mereka berkahwin. Satu sahaja harapan aku, iaitu agar perkahwinan mereka ini kekal dan berharap aku juga akan dapat bakal suami yang penyayang seperti ayah aku.
sekian ...
No comments:
Post a Comment