Monday, November 25, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019)


Ulasan buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi

Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi mempunyai enam bab keseluruhannya. Setiap bab menerangkan tentang pelbagai topik yang berkaitan dengan komunikasi. Bab satu menerangkan tentang wacana iaitu bahasa daripada individu atau kumpulan sama ada dalam bentuk interaksi, tulisan, teks atau pun ujaran. Apa yang boleh dirumuskan tentang topik wacana ialah pemahaman yang mendalam oleh setiap penutur dengan pendengar. Hal ini demikian kerana wacana merupakan komunikasi kebahasaan yang merupakan pertukaran di antara penutur iaitu orang yang berbicara dengan pendengar kepada penutur itu. Untuk lebih memahami tentang wacana, penutur dan pendengar haruslah focus dan menganalisis setiap wacana supaya penyampaian tersebut dapat difahami. Dalam bab dua pula menerangkan tentang teori-teori kepada wacana tersebut. Setiap tokoh telah menyatakan teori mereka dengan pandangan yang tersendiri tentang wacana dan penggunaan wacana. Wacana ini mempunyai lima teori dan setiap teori telah dihuraikan dengan terperinci supaya dapat digunakan untuk menganalisis data. Akan tetapi, haruslah diingat bahawa pemilihan teori yang ingin digunakan haruslah sesuai dengan data yang ingin dianalisis agar mudah difahami.
Bab tiga dalam buku Kajian Wacana menceritakan topik Analisis Wacana Tekstual dan Ujaran. Bab ini lebih memfokuskan tentang tiga kajian yang dijalankan iaitu tekstual lirik lagu, wacana tekstual cerita sosial dan ujaran dalam kanak-kanak autisme. Dapat dirumuskan bahawa bab ini lebih menceritakan tentang cerita kanak-kanak autisme yang mempunyai gangguan dalam perkembangan saraf. Banyak nilai-nilai sosial yang boleh menjadi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya berhati mulia. Seterusnya, bab empat menerangkan tentang strategi komunikasi yang boleh dilakukan dalam bentuk kumpulan kecil atau besar. Komunikasi sangat memainkan peranan kerana melalui komunikasi, penutur dan pendengar dapat memahami antara satu sama lain. Bab lima pula menceritakan tentang taksonomi dan pendekatan strategi komunikasi, iaitu pendekatan yang dinyatakan oleh para pengkaji tentang komunikasi. Seperti yang dinyatakan dalam bab satu, komunikasi sesuai digunakan dalam ujaran, interaksi, tulisan dan teks. Bab enam membincangkan tentang topik Analisis Strategi Komunikasi Dalam Kalangan Kanak-kanak, iaitu kajian yang dijalankan ke atas kanak-kanak berumur 11 dan 12 tahun yang banyak menggunakan singkatan perkataan dalam percakapan seharian. Kajian ini memberikan implikasi terhadap masyarakat , guru, ibu bapa dan pelajar sekolah. Komunikasi itu penting supaya kanak-kanak tidak membesar dengan bahasa yang kurang sopan. Dalam bab tujuh, beberapa cadangan telah diutarakan untuk kajian akan datang iaitu bahasa isyarat, bahan bercetak dan bahan elektronik dan media sosial. Diharapkan rumusan setiap bab ini berguna kepada setiap pembaca.   


Harga buku : rm 20.00

Rujukan : Normaliza Abd Rahim. 2019. Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. UMT.











Monday, October 7, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Blog Di Dalam Kelas Bahasa


BLOG DI DALAM KELAS BAHASA


Bab ini membincangkan tentang blog yang merupakan media sosial yang menjadi pilihan pelajar atau kebanyakan masyarakat dalam mencipta satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal ( Normaliza Abd Rahim, 2014). Kegunaan blog ini bukan sahaja untuk tujuan menyampaikan maklumat berunsur ilmiah sahaja, malahan blog juga boleh digunakan bagi tujuan peribadi atau dijadikan medium untuk mempromosikan produk atau iklan. Blog ini sangat memberi manfaat kepada pengguna kerana banyak info-info yang boleh didapati melalui blog ini.

            Kajian tentang blog ini telah banyak dilakukan oleh penyelidik-penyelidik yang masing-masing memberikan definisi yang tersendiri tentang pandangan mereka terhadap penggunaan blog. Satu kajian tentang blog ini menyatakan bahawa blog merupakan medium dialog di antara penulis blog dan pembaca, pembaca dengan pembaca yang lain dan penulis blog dengan penulis blog yang lain.
            Kajian lain pula menyatakan bahawa blog merupakan laman web yang dikemas kini mengikut susunan kronologi manakala bahasa yang digunakan juga tidak formal dan tidak terhad ( Nowson, 2006 ). Walaupun penggunaan blog ini tidak formal dan tidak mementingkan bahasa yang baku, para penulis blog harus tahu tentang etika-etika penulisan blog supaya tidak kelihatan membosankan dan sendu. Oleh itu, Normaliza Abd Rahim(2014) ada menyatakan bahawa terdapat 10 cara atau kegunaan untuk menulis blog. Antaranya ialah penulis harus tahu memilih tajuk yang menarik yang boleh menangkap minat pembaca untuk terus mengikuti laman blognya. Tajuk yang menarik haruslah diikuti dengan cerita dan pengisian cerita yang menarik. Contohnya, penulis boleh menggunakan ayat-ayat berunsur jenaka dan boleh mengundang tawa pembaca.

            Blog ini bukan sahaja digunakan atau menjadi pilihan pelajar tempatan, malah pelajar-pelajar dari luar negara juga menjadikan blog sebagai platform untuk mempelajari bahasa tempatan, terutamanya apabila blog ini diperkenalkan kepada pelajar-pelajar Korea untuk mempelajari bahasa kedua.

            Dapat diringkaskan bahawa dalam penulisan blog, terdapat tiga bahagian yang dibincangkan. Bahagian yang pertama ialah kegunaan blog dalam Pengajian Kesusasteraan, blog dalam Pembelajaran Bahasa dan blog dalam Pembelajaran Teknologi. Ketiga-tiga bahagian ini mempunyai pecahan yang tersendiri yang dilakukan oleh penyelidik untuk melihat sejauh manakah penggunaan blog ini diterima. Keputusan kajian jelas menunjukkan bahawa blog banyak membantu para pelajar untuk mempelajari kesusasteraan, bahasa dan pembelajaran teknologi. Penulisan blog juga boleh meningkatkan jati diri dan motivasi diri.  

Tuesday, October 1, 2019

BBM3410Satu2019: Bird Eye View ( Wakanda Production )

Bird Eye View




gambar ini diambil daripada tingkat 5 blok P6. pemandangan dari atas ini sesuai dijadikan Bird Eye View kerana kedudukannya yang betul-betul di lereng bukit.




gambar ini diambil dari tingkat 5 blok pelajar lelaki. Bird Eye View dengan pemandangan jalan ini sangat cantik dan sesuai untuk digunakan dalam tugasan kali ini.







gambar ini diambil daripada tingkat 5 blok P7 bersebelahan dengan tasik. pemandangan dari atas ini kelihatan menarik kerana kita dapat lihat pemandangan-pemandangan yang sebelum ini agak terbatas kerana musim jerebu yang teruk.

BBM3410Satu2019: Over The Shoulder ( Wakanda Production )

Over The Shoulder




bahu : Syazana

apabila kau mahu ikut kawan kau keluar, tetapi motor hanya mampu membawa seorang penumpang sahaja. walaupun sedih, senyumlah supaya hati tidak terasa.







bahu : Amirah Aisyah

ibarat seperti drama Korea, Goblin. kami melakonkan semula babak pelakon perempuan itu dipayungkan semasa hujan oleh sang jejaka. tetapi untuk menjadikannya lebih menrik, kami selitkan watak perempuan jahat yang benci dengan situasi ini.






bahu : Aqilla
 dengan teknik over the shoulder ini, tanpa menggunakan portrait, hasilnya juga sangat memuaskan dan dapat melihat betapa rapatnya kami selama kami berkenalan sepanjang tempoh tiga tahun di UPM.






BBM3410Satu2019: Mug Shot ( Wakanda Production )

Mug Shot



model : Faizah
emosi : sedih

model melakukan teknik mug shot dengan emosi sedih, untuk mengambarkan lagi kesedihan itu, model sanggup membuat dirinya menangis supaya gambar ini kelihatan seperti semula jadi.






model : Ayob
emosi : marah

barangkali model ini berasa sangat marah kerana ahli kumpulan menyuruhnya mengambil gambar teknik mug shot, sedangkan model ini mahukan closed-up kerana ingin menunjukkan ketampanannya. marah atau senyum, model ini tetap mempunyai aura tersendiri kan. 






model : Hafiza Shawani
emosi : teruja

mungkin kerana model ini telah menemui jodoh, jadi dia kelihatan sangat teruja apabila mengingat kembali saat-saat dirinya didekati oleh teman istimewanya itu. keterujaan yang tidak dapat disorok sangat sesuai dijadikan gambar mug shot.





BBM3410Satu2019: Medium Shot ( Wakanda Production )

Medium Shot Manusia



apa yang selalu diminta oleh perempuan setiap kali mengambil gambar ? ianya tak lain dan tak bukan, pastikan nampak kurus ya. maka terjadilah gambar ini.





tak tahu lah apa yang menarik sangat yang ada dekat atas tu. rasanya orang yang mengambil gambar ini lagi cantik dan menarik daripada apa yang di atas tu.









kegigihan seorang perempuan bernama Aqilla untuk bergambar di bawah terik matahari tanpa payung. berlawanan dengan seorang yang bernama Amirah Aisyah yang lebih rela berpayung daripada mendapat gambar yang cantik dan unik.



Medium Shot Manusia dan Pemandangan





gambar ini menunjukkan keakraban sesama sendiri selama berada di UPM. beginilah gaya perempuan apabila ke kelas bersama rakan. mereka mesti akan menunggu yang lain dan berjalan bersama-sama.






apabila rakan itu sejenis yang lambat dan lembab dalam segala hal, termasuk berjalan, maka terpaksalah diheret supaya cepat sampai fakulti.





angin tiada, ribut pun tiada. tapi, bagaimana mereka boleh hampir terbang di awangan ? tak lain dan tak bukan, itu hanyalah lakonan semata-mata.


BBM3410Satu2019: Long Shot ( Wakanda Production )

Long Shot Pemandangan



langit ni kejap cerah kejap gelap kan? macam itu lah cabaran nak siapkan kerja multimedia ni. kejap gembira, kejap stres. hahahahaha. kita berpegang pada konsep redha.







kata orang, pemandangan hijau sangat mendamaikan. ada betulnya kata mereka. sangat mendamaikan. tetapi boleh jadi membosankan kerana hijau sahaja semuanya, tiada warna lain.








setenang-tenang air di laut, tidak akan dapat setenang solat dan doa setiap hari. Tapi mengapa gambar pantai? kerana banyak lagi cara lain untuk peroleh ketenangan, terutamanya yang menyejukkan pandangan mata. seperti pantai ini.




Long Shot Pemandangan dengan Manusia


pemandangan dalam kawasan kolej juga sangat cantik jika diperhatikan secara mendalam. tidak perlu membazirkan duit untuk keluar mengambil gambar pemandangan semata-mata. kalau dah namanya Universiti Pertanian Malaysia dahulunya, pemandangan haruslah hijau sentiasa.




haa? nampak seperti di California, bukan ? ia diambil di hadapan bangunan Canselori sahaja. ramai yang tidak tahu tentang pemandangan di sini. jadi saya kongsikan di dalam blog ini untuk tatapan semua.




Cameron Highland. antara kawasan yang menjadi daya tarikan sebagai salah satu pusat peranginan yang cantik dengan kehijauan di sekelilingnya.






BBM3410Satu2019: Closed - Up ( Wakanda Production )

Closed - Up Manusia



Idea bagi gambar ini adalah bayangan mata wanita Arab dalam diri wanita melayu. Mata adalah salah satu aset penting bagi wanita kerana mata sangat memainkan peranan dalam kehidupan. Pembedahan wajah atau suntikan tidak diperlukan hanya untuk menampakkan mata itu lebih cantik. Dengan teknik solekan dan suntikan imej sudah boleh menimbulkan idea itu.


Alam semulajadi dengan manusia tidak dapat dipisahkan. Apatah lagi bunga yang menjadi kata sinonim bagi wanita. Seperti mana cantiknya bunga, begitulah juga diertikan dengan kecantikan wanita.




Solekan? Ya Solekan. Solekan pada wanita adalah suatu kewajipan. Solekan dianggap sebagai salah satu kekuatan dan memberi keyakinan kepada wanita untuk melangkah ke dunia luar, bertemu dengan orang luar. Mereka akan berasa yakin untuk berjalan di khalayak ramai. 


Closed - Up Bukan Manusia




Secantik-cantik matahari di langit, cantik lagi bunga matahari yang boleh disentuh dan dilihat keistimewaannya. Cantik, bukan ? Ya, sangat cantik. Tidak cantik ? Itu bukan masalah saya. 




Satu ringgit? Sangat berbeza nilai satu ringgit ini pada masa dahulu dan sekarang. Dulu? macam-macam boleh dibeli dengan satu ringgit ini. Sekarang? jumpa tengah jalan pun tidak didendahkan, malah dilangkah atau dipijak sahaja seperti tiada nilai. Kalau tak mahu, kutip dan derma lah di masjid. Bukan susah pun.


Kaca mata. Apa yang istimewanya kaca mata ni ? oh sangat penting bagi yang berkaca mata. Ibarat bernafas tanpa oksigen tau kalau tiada kaca mata ini. Jadi, jangan buat main dengan mereka yang berkaca mata kerana sekelip mata boleh berubah menjadi makhluk hijau kalau kaca mata mereka disorokkan. 











Monday, September 30, 2019

BBM3410Satu2019: SUATU KETIKA

KELUARGA SAYA

Assalamualaikum semua...

Hari ni aku nak cerita tentang keluarga aku, macam mana ayah dan mama aku berjumpa, bila mereka kahwin dan sehinggalah kehidupan yang sekarang. baca sehingga ke penghujung ayat ya.

Kisahnya bermula apabila arwah nenek sebelah mama aku terjumpa ayah aku dalam satu majlis kenduri dan terus berkenan untuk dibuat menantu. Perkara ini disampaikan oleh arwah nenek kepada mamaku pada hari yang sama. sebagai seorang anak bongsu dan perempuan, sudah pasti akan rasa bersalah untuk menolak, jadi mamaku setuju untuk berjumpa dengan keluarga ayah aku pada waktu itu. 

Waktu mereka berjumpa, kedua-duanya tidak membenci antara satu sama lain. Perasaan itu ada tapi tidak ditunjukkan dengan ketara. Ayah aku dahulu seorang perokok semasa zaman mudanya. Mama aku tahu tentang ini, jadi dia meletakkan syarat sebelum berkahwin, iaitu harus berhenti merokok. Entah mengapa, ketika itu ayah aku terus berhenti merokok kerana mengikut syarat tersebut. Melihat perubahan ini, mama akhirnya bersetuju untuk berkahwin.

Lalu pada 7 Januari 1995, mereka pun berkahwin. Pada 10 November 1995, seketul Nur Qamarina dilahirkan pada jam 11:59 malam. Kata mama, aku adalah anak yang paling susah dan sakit untuk dilahirkan. Mungkin sebab aku adalah yang sulung dan kebetulan hospital pada masa itu sedang dalam proses pembinaan, jadi proses kelahiran dilakukan di wad biasa sahaja. 

Pada 22 Disember 1997, adik perempuan aku yang paling degil, iaitu Nurin Jazlina dilahirkan di klinik swasta. Pada masa itu, mama ke klinik hanya untuk membuat pemeriksaan sahaja memandangkan ketika itu mama  sedang menghitung hari untuk melahirkan. Tetapi, doktor kata tanda-tanda bersalin sudah ada dan mengatakan harus dilahirkan hari itu juga. Dengan tidak membawa persiapan bersalin, adik aku dilahirkan disitu dengan selamat kerana bimbanhg lemas di dalam perut. 

Adik lelaki aku dilahirkan pada 11 Jun 2000 dan diberi nama Nurizzat Muizzuddin di hospital Melaka. Kali ini mama kata senang bersalin anak lelaki daripada anak perempuan. Adik aku dilahirkan pada waktu maghrib, betul-betul semasa azan berkumandang. 

Sebelum mendapat adik aku yang bongsu yang akan aku ceritakan ini, mama aku pernah mengandung sebanyak 2 kali tetapi kedua-duanya keguguran. Mungkin kerana agak tersentak dengan keguguran itu, mama aku menunggu beberapa tahun untuk mendapatkan adik aku yang bongsu ini.

Lalu pada 15 Februari 2006, lahirlah adik bongsu aku yang diberi nama Ammar Muizzuddin. Jarak umur dia dengan aku adalah 11 tahun. Alhamdulillah kelahiran adik aku kali ini selamat walaupun kami terpaksa berulang-alik dari hospital ke rumah pada waktu subuh. Kami bernasib baik kerana bapa saudara sebelah mama sanggup membantu urusan kami. 

Hendak dipendekkan cerita, kisah keluarga aku sangat kelakar dan haru-biru sebenarnya kerana terlalu banyak memori-memori yang indah dan kelakar sepanjang 24 tahun mereka berkahwin. Satu sahaja harapan aku, iaitu agar perkahwinan mereka ini kekal dan berharap aku juga akan dapat bakal suami yang penyayang seperti ayah aku.

sekian ...






BBM3410Satu2019: TIP BELAJAR DENGAN MUDAH

Semoga Bermanfaat


Assalamualaikum...
Para pengikut blog yang baik-baik semuanya, ini merupakan tips mudah belajar dari saya yang boleh digunakan untuk pembelajaran anda pada masa akan datang. Tips ini tidaklah sehebat mana seperti tips-tips yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar yang lebih pandai. Namun, tidak salah untuk saya berkongsikan tips-tips yang saya gunakan sewaktu saya menjadi seorang pelajar sehingga kini. Ianya kelihatan mudah tetapi untuk mempraktikkannya adalah sangat susah kerana pembahagian masa adalah sangat penting untuk setiap subjek yang diambil. Saya harap tips ini berguna kepada adik-adik diluar sana. Terima kasih...




BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019)

Ulasan buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi m...