Monday, September 30, 2019

BBM3410Satu2019: SUATU KETIKA

KELUARGA SAYA

Assalamualaikum semua...

Hari ni aku nak cerita tentang keluarga aku, macam mana ayah dan mama aku berjumpa, bila mereka kahwin dan sehinggalah kehidupan yang sekarang. baca sehingga ke penghujung ayat ya.

Kisahnya bermula apabila arwah nenek sebelah mama aku terjumpa ayah aku dalam satu majlis kenduri dan terus berkenan untuk dibuat menantu. Perkara ini disampaikan oleh arwah nenek kepada mamaku pada hari yang sama. sebagai seorang anak bongsu dan perempuan, sudah pasti akan rasa bersalah untuk menolak, jadi mamaku setuju untuk berjumpa dengan keluarga ayah aku pada waktu itu. 

Waktu mereka berjumpa, kedua-duanya tidak membenci antara satu sama lain. Perasaan itu ada tapi tidak ditunjukkan dengan ketara. Ayah aku dahulu seorang perokok semasa zaman mudanya. Mama aku tahu tentang ini, jadi dia meletakkan syarat sebelum berkahwin, iaitu harus berhenti merokok. Entah mengapa, ketika itu ayah aku terus berhenti merokok kerana mengikut syarat tersebut. Melihat perubahan ini, mama akhirnya bersetuju untuk berkahwin.

Lalu pada 7 Januari 1995, mereka pun berkahwin. Pada 10 November 1995, seketul Nur Qamarina dilahirkan pada jam 11:59 malam. Kata mama, aku adalah anak yang paling susah dan sakit untuk dilahirkan. Mungkin sebab aku adalah yang sulung dan kebetulan hospital pada masa itu sedang dalam proses pembinaan, jadi proses kelahiran dilakukan di wad biasa sahaja. 

Pada 22 Disember 1997, adik perempuan aku yang paling degil, iaitu Nurin Jazlina dilahirkan di klinik swasta. Pada masa itu, mama ke klinik hanya untuk membuat pemeriksaan sahaja memandangkan ketika itu mama  sedang menghitung hari untuk melahirkan. Tetapi, doktor kata tanda-tanda bersalin sudah ada dan mengatakan harus dilahirkan hari itu juga. Dengan tidak membawa persiapan bersalin, adik aku dilahirkan disitu dengan selamat kerana bimbanhg lemas di dalam perut. 

Adik lelaki aku dilahirkan pada 11 Jun 2000 dan diberi nama Nurizzat Muizzuddin di hospital Melaka. Kali ini mama kata senang bersalin anak lelaki daripada anak perempuan. Adik aku dilahirkan pada waktu maghrib, betul-betul semasa azan berkumandang. 

Sebelum mendapat adik aku yang bongsu yang akan aku ceritakan ini, mama aku pernah mengandung sebanyak 2 kali tetapi kedua-duanya keguguran. Mungkin kerana agak tersentak dengan keguguran itu, mama aku menunggu beberapa tahun untuk mendapatkan adik aku yang bongsu ini.

Lalu pada 15 Februari 2006, lahirlah adik bongsu aku yang diberi nama Ammar Muizzuddin. Jarak umur dia dengan aku adalah 11 tahun. Alhamdulillah kelahiran adik aku kali ini selamat walaupun kami terpaksa berulang-alik dari hospital ke rumah pada waktu subuh. Kami bernasib baik kerana bapa saudara sebelah mama sanggup membantu urusan kami. 

Hendak dipendekkan cerita, kisah keluarga aku sangat kelakar dan haru-biru sebenarnya kerana terlalu banyak memori-memori yang indah dan kelakar sepanjang 24 tahun mereka berkahwin. Satu sahaja harapan aku, iaitu agar perkahwinan mereka ini kekal dan berharap aku juga akan dapat bakal suami yang penyayang seperti ayah aku.

sekian ...






BBM3410Satu2019: TIP BELAJAR DENGAN MUDAH

Semoga Bermanfaat


Assalamualaikum...
Para pengikut blog yang baik-baik semuanya, ini merupakan tips mudah belajar dari saya yang boleh digunakan untuk pembelajaran anda pada masa akan datang. Tips ini tidaklah sehebat mana seperti tips-tips yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar yang lebih pandai. Namun, tidak salah untuk saya berkongsikan tips-tips yang saya gunakan sewaktu saya menjadi seorang pelajar sehingga kini. Ianya kelihatan mudah tetapi untuk mempraktikkannya adalah sangat susah kerana pembahagian masa adalah sangat penting untuk setiap subjek yang diambil. Saya harap tips ini berguna kepada adik-adik diluar sana. Terima kasih...




Monday, September 23, 2019

BBM3410Satu2019: Masih Di Sini






Cerita yang tidak dapat saya lupakan adalah pengalaman saya semasa menyertai program program pertukaran pelajar di Jepun selama 2 minggu. ini adalah kali pertama saya menjejakkan kaki ke luar negara dan negara itu pula merupakan negara yang menjadi pilihan saya sejak dahulu lagi. program ini bagi saya merupakan program yang sangat bagus untuk kita belajar cara kehidupan mereka di sana dan apakah amalan yang mereka lakukan sehingga Jepun menjadi antara negara yang maju dan sangat mementingkan kebersihan dan ketepatan waktu.

Perjalanan saya ke sana mengambil masa 2 hari kerana kami perlu transit di Hong Kong terlebih dahulu. permulaan perjalanan kami sahaja sudah sangat mencabar kerana kapal yang kami naiki ialah kapal Hong Kong, jadi sememangnya kami perlu transit di sana terlebih dahulu. di Hong Kong pula, bermacam-macam dugaan yang kami hadapi yang sangat menduga kesabaran kami. walaupun lapangan terbang itu besar, tetapi kami tidak menjumpai surau langsung untuk menunaikan solat. Kami terpaksa mencari satu sudut yang bersih untuk menunaikan solat subuh. kedai makanan halal juga sukar didapati dan kami berlapar selama 11 jam di sana.

tepat jam 4:45 petang, kami akhirnya sampai di Fukuoka. perjalanan dari lapangan terbang ke rumah tetamu mengambil masa 2 jam dengan menaiki bas. dan kami sampai di rumah hampir jam 6:30 petang. kebersihan dan keselesaan di sana membuatkan saya rasa kagum dengan rakyat Jepun kerana masing-masing memainkan peranan tersendiri dalam mengekalkan persekitaran yang sangat bersih selalu. walaupun banyak lagi yang ingin ditulis, tetapi untuk kali ini, hanya sampai di sini sahaja buat masa ini.


Sunday, September 22, 2019

BBM3410Satu2019: Nenek dan Datuk

Cerita Sosial 1 : Nenek dan Datuk


Sinopsis cerita Nenek dan Datuk ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak autisme yang bernama Alim yang ingin pulang ke kampung halaman ayahnya di Kajang. Alim suka bermain dengan ayam dan itik di kampung itu. Alim merupakan kanak-kanak autisme yang tidak tahu tentang kejadian di sekelilingnya dan hanya tahu apa yang dia suka sahaja. Dalam cerita ini, dapat dilihat bagaimana ibu bapa dan nenek Alim berusaha memujuk Alim dan menenangkannya dan memberitahu keadaan sebenar dengan penuh sabar dan penuh kasih sayang. 


Seterusnya, senaraikan jenis multimedia yang boleh digunakan bagi tujuan penyebaran cerita sosial
tersebut. Huraikan setiap satu cara-cara penyebaran tersebut.

Jenis-jenis Multimedia

1. Multimedia Hiperaktif
 Multimedia ini mempunyai struktur  dengan elemen-elemen yang berkaitan dan dapat disusun oleh 
pengguna melalui tautan(link) dengan elemen-elemen multimedia yang ada. istilah Richmedia juga 
digunakan untuk memberi maksud Multimedia Hiperaktif. Contohnya, world wide web, web site dan
lain-lain.

2. Multimedia Interaktif
Pengguna dapat mengawal secara keseluruhan apa dan bila elemen multimedia akan dikirimkan. 
contohnya, aplikasi program, CD interaktif dan lain-lain. 


3.  twitter
Menerusi twitter, cerita ini boleh disampaikan dengan cara menggunakan bebenang dan memasukkan
beberapa fakta tentang autisme untuk memberi sedikit maklumat tentang keistimewaan anak autisme 
kepada pembaca

4. facebook
Melalui facebook, penulis boleh menggunakan platform ini untuk berkongsi cerita dengan pengikut-
pengikut atau rakan-rakan di facebook dan dalam masa yang sama memberi kesedaran tentang 
perlunya kesabaran dalam membesarkan anak-anak autisme. Gambar juga boleh dikirimkan sekali 
untuk tontonan dan tatapan bersama.



BBM3410Satu2019: Etika Penulisan Blog.


Senaraikan etika penulisan blog. Setiap poin diambil daripada buku tersebut. Huraikan setiap satu dengan menggunakan ayat sendiri. Setiap huraian dalam minima 50 patah perkataan. Pastikan anda membuat rujukan daripada buku tersebut dan letakkan dalam blog. Misalnya, “Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) dalam Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) .....”


Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) dalam Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), terdapat beberapa etika penulisan blog dengan baik, iaitu :-

1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca. 
Blog merupakan platform yang digunakan untuk menulis cerita-cerita yang boleh menarik peminat-peminat atau blogger yang sering menggunakan blog dalam kehidupan seharian. oleh itu, untuk para blogger, mereka perlu ada atau mempunyai tajuk-tajuk yang sangat menarik untuk dikongsikan bersama pembaca. Tajuk yang tidak menarik akan mengurangkan jumlah pembaca yang melayari blog itu.

2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
Bukan sahaja tajuk yang memainkan peranan penting, jalan cerita atau isi juga merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada jumlah pembaca. Cerita yang dimuatnaik di dalam blog haruslah menarik dan dapat menambat hati pembaca. Cerita yang dimuatnaik boleh menjadi sesuatu yang benar atau rekaan, asalkan jalan ceritanya cantik, menarik dan terbaik. 

3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
Blog bukannya platform untuk selalu serius dalam penulisan, sebaliknya seorang blogger perlu tahu bagaimana untuk memberi ayat atau memasukkan ayat-ayat yang boleh membuatkan pembaca tersenyum. oleh itu, ayat-ayat berunsur humor perlu ada untuk mewujudkan suasana kelakar semasa membaca.

4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
Setiap penulisan perlu ada huraiannya. Huraian berfungsi sebagai ayat penguat untuk menyokong penulisan blogger. Dalam huraian, blogger perlu meletakkan fakta-fakta tentang penulisan itu beserta dengan contoh-contoh yang boleh meyakinkan pembaca bahawa penulisan ini sangat berguna dan tepat. Penghujahan bagi setiap huraian haruslah yang terbaik yang boleh diberikan oleh seorang  blogger untuk kepuasan pembaca.

5. Berilmu dalam penulisan pendidikan.
Tidak dinafikan, blog juga digunakan untuk menyampaikan info-info atau perkara-perkara berkaitan dengan pendidikan. Kebanyakan info tentang pendidikan banyak dikongsikan oleh para guru, pensyarah atau doktor dalam mengembangkan ilmu pengetahuan mereka kepada pembaca. Seorang blogger apabila mengambil keputusan untuk menulis tentang bidang pendidikan,  mereka haruslah mempunyai ilmu dahulu dan mempunyai fakta atau kekuatan dalam bidang tersebut. Dengan cara itu, pembaca akan menilai sama ada blogger itu seorang yang berpelajaran dan berpengetahuan tinggi atau sekadar menulis mengikut apa yang diingini sahaja. Seorang blogger juga boleh mengaitkan dengan isu-isu semasa dalam penulisan mereka untuk menguatkan lagi penulisan itu.

6. Gunakan perkataan dan ayat yang ringkas.
Dalam penulisan bebas atau tentang pendidikan, penggunaan ayat yang ringkas sudah mamapu membuatkan para pembaca memahami apa yang ingin disampaikan. Penggunaan ayat yang terlalu formal dan penuh dengan bahasa baku juga boleh menimbulkan kebosanan apabila membaca kerana tiada rasa keseronokan dan keterujaan. Walaupun disarankan untuk menggunakan ayat yang ringkas, blogger perlu tahu bila waktu yang sesuai untuk menggunakan ayat itu. Dalam masa yang sama memasukkan juga moral dan nilai-nilai estetika dalam penulisan tersebut.

7. Dapat dibaca dan difahami.
Penulisan yang sarat dengan info berguna, walaupun dengan penggunaan ayat yang ringkas dan tidak formal, jika disusun dengan betul dan mengikut susun atur yang cantik dan menarik, akan tetap dapat dibaca dan difahami dengan mudah. Pembaca tidak mengambil kira sama ada bahasa yang digunakan itu formal atau tidak. Jika ia mudah difahami, itu sudah memadai. Jika mereka mempunyai sebarang persoalan tentang itu, mereka boleh menggunakan blog ini untuk berkomunikasi dengan blogger. Begitu juga dengan blogger yang ingin berkomunikasi dengan pembaca.   

Monday, September 16, 2019

BBM3410Satu2019: SAYA FAHAM

Lagu & Lirik : Profesor Dr. Normaliza Abd Rahim
Hak Cipta : Universiti Putra Malaysia

Saya Faham

Saya kata " Apa khabar "
Dia jawab " Khabar baik "
Ucapan untuk dia
Ucapan untuk saya

Selamat pagi, tengah hari, petang, malam
Untuk dia
Untuk saya

Terima kasih
Sama-sama
Untuk dia
Untuk saya

Terima kasih
Sama-sama
Untuk kita
Untuk mereka






BBM3410Satu2019: DIRI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nama saya Nur Qamarina bt Basir. Saya berasal dari Alor Gajah, Melaka tetapi saya menetap di Taman Bukit Beruang, Melaka. Saya berumur 24 tahun dan sekarang menyambung pelajaran di UPM jurusan Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu). Saya merupakan pelajar kolej serumpun, iaitu Kolej 15 yang kini telah ditukar kepada Kolej 12. Saya merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik yang terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan. Dua adik saya kini sedang menyambung pelajaran di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Melaka, iaitu UITM Jasin dan UITM Lendu. Adik bongsu saya masih lagi bersekolah di Tingkatan Satu, SMK Ayer Keroh Melaka.

Saya merupakan peminat tegar novel-novel melayu yang berunsur kekeluargaan dan percintaan. Novel pertama yang membuatkan saya jatuh hati dalam dunia novel ialah Kasih Yang Suci karya Meen Zulaikha. Selain daripada membaca novel, saya juga sangat meminati drama-drama Korea. Bagi saya, drama-drama Korea sangat menarik kerana semua babak yang dilakonkan kebanyakannya tidak menggunakan teknik pengkomputeran. Saya juga gemar mendengar lagu sambil melakukan tugasan-tugasan atau kerja kursus di kolej dan kebanyakannya adalah lagu Korea daripada kumpulan kegemaran saya, iaitu BTS.

Tahun ini merupakan tahun akhir saya di UPM dan semester akhir saya untuk bergelar pelajar bacelor UPM. Di semester akhir ini, saya mengambil subjek Multimedia Dalam Bahasa. Konsep pembelajaran di dalam kelas Prof. Normaliza ini adalah REDHA.

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019)

Ulasan buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi m...