Ulasan
buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi
Buku
Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi mempunyai enam bab
keseluruhannya. Setiap bab menerangkan tentang pelbagai topik yang berkaitan
dengan komunikasi. Bab satu menerangkan tentang wacana iaitu bahasa daripada
individu atau kumpulan sama ada dalam bentuk interaksi, tulisan, teks atau pun
ujaran. Apa yang boleh dirumuskan tentang topik wacana ialah pemahaman yang
mendalam oleh setiap penutur dengan pendengar. Hal ini demikian kerana wacana
merupakan komunikasi kebahasaan yang merupakan pertukaran di antara penutur
iaitu orang yang berbicara dengan pendengar kepada penutur itu. Untuk lebih
memahami tentang wacana, penutur dan pendengar haruslah focus dan menganalisis
setiap wacana supaya penyampaian tersebut dapat difahami. Dalam bab dua pula
menerangkan tentang teori-teori kepada wacana tersebut. Setiap tokoh telah
menyatakan teori mereka dengan pandangan yang tersendiri tentang wacana dan
penggunaan wacana. Wacana ini mempunyai lima teori dan setiap teori telah
dihuraikan dengan terperinci supaya dapat digunakan untuk menganalisis data. Akan
tetapi, haruslah diingat bahawa pemilihan teori yang ingin digunakan haruslah
sesuai dengan data yang ingin dianalisis agar mudah difahami.
Bab
tiga dalam buku Kajian Wacana menceritakan topik Analisis Wacana Tekstual dan
Ujaran. Bab ini lebih memfokuskan tentang tiga kajian yang dijalankan iaitu
tekstual lirik lagu, wacana tekstual cerita sosial dan ujaran dalam kanak-kanak
autisme. Dapat dirumuskan bahawa bab ini lebih menceritakan tentang cerita
kanak-kanak autisme yang mempunyai gangguan dalam perkembangan saraf. Banyak nilai-nilai
sosial yang boleh menjadi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya
berhati mulia. Seterusnya, bab empat menerangkan tentang strategi komunikasi
yang boleh dilakukan dalam bentuk kumpulan kecil atau besar. Komunikasi sangat
memainkan peranan kerana melalui komunikasi, penutur dan pendengar dapat
memahami antara satu sama lain. Bab lima pula menceritakan tentang taksonomi
dan pendekatan strategi komunikasi, iaitu pendekatan yang dinyatakan oleh para
pengkaji tentang komunikasi. Seperti yang dinyatakan dalam bab satu, komunikasi
sesuai digunakan dalam ujaran, interaksi, tulisan dan teks. Bab enam
membincangkan tentang topik Analisis Strategi Komunikasi Dalam Kalangan
Kanak-kanak, iaitu kajian yang dijalankan ke atas kanak-kanak berumur 11 dan 12
tahun yang banyak menggunakan singkatan perkataan dalam percakapan seharian. Kajian
ini memberikan implikasi terhadap masyarakat , guru, ibu bapa dan pelajar
sekolah. Komunikasi itu penting supaya kanak-kanak tidak membesar dengan bahasa
yang kurang sopan. Dalam bab tujuh, beberapa cadangan telah diutarakan untuk
kajian akan datang iaitu bahasa isyarat, bahan bercetak dan bahan elektronik
dan media sosial. Diharapkan rumusan setiap bab ini berguna kepada setiap
pembaca.
Harga
buku : rm 20.00
Rujukan
: Normaliza Abd Rahim. 2019. Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan
Aplikasi. UMT.